MEDIA PEMUTIHAN 6P

Kenyataan Media – Perkembangan Proses Pemutihan 30 Disember 2011

Antara masalah yang dikenal pasti menyebabkan kekecohan akibat rasa kurang senang di kalangan majikan ketika hadir di One Stop Centre untuk permohonan pemutihan ialah tidak suka beratur dan terpaksa menunggu lama sebelum tiba giliran mereka.
Sehubungan itu, kerajaan membuat keputusan membenarkan majikan mewakilkan urusan permohonan mereka di One Stop Centre melalui surat kebenaran kepada syarikat pengurus dan hanya perlu hadir melalui temujanji bagi prosedur temuduga selepas selesai urusan permohonan.
Justeru, bagi majikan yang mahu menggunakan khidmat syarikat pengurus, mereka boleh merujuk semula perkara tersebut dengan syarikat pengurus yang digunakan ketika proses pendaftaran Program 6P ketika Ogos lalu, manakala untuk majikan yang mendaftarkan sendiri PATI mereka di Imigresen, mereka boleh memilih mana-mana syarikat pengurus yang ditauliahkan kerajaan melalui KDN. Semakan terkini senarai syarikat pengurus boleh dibuat di laman web KDN dan pada masa sama, majikan diingatkan supaya berhati2 dan mengelak daripada ditipu mana-mana pihak yang mungkin mendakwa mereka syarikat pengurus yang dilantik. Sebagai langkah berhati-hati, rujuk senarai terkini dan dapatkan salinan sijil tauliah syarikat pengurus yang dikeluarkan KDN bagi tujuan rekod. Hal ini berikutan ada syarikat pengurus yang telah disenarai hitam dan dibatalkan sijil tauliah mereka.